RASIONAL LOGO MALAYSIA MADANI

 

Malaysia Madani merupakan panduan dan ikhtiar secara bersepadu dan holistik sebagai dasar pentadbiran yang lebih manusiawi. Malaysia Madani bertunjangkan sikap saling menghormati, meraikan kepelbagaian dan menjadi medan dialog peradaban. Kerangka Malaysia Madani menjadi pemacu kewujudan masyarakat maju dan bertamadun berdasarkan ilmu pengetahuan, tradisi, khazanah dan kearifan tempatan.



Jalur : Lima jari dengan jalur merah putih merupakan simbolisme kepada Rukun Negara, asas ideologi Malaysia

Bulatan : Bulatan berwarna biru menandakan kebulatan, muafakat dan perpaduan di kalangan rakyat.

Bulan Sabit : Bulan merupakan simbol agama Islam sebagai agama Persekutuan.

 Warna Biru      Kesatuan nasional, keterangkuman dan persaudaraan.

Warna Kuning  Nilai tradisi, kebudayaan dan kearifan tempatan

 Warna Merah  : Keberanian, jatidiri dan keazaman.

  Warna Putih   : Keluhuran budi, kesucian hati dan hasrat murni




https://www.yusuhaidi.com/p/jom-shoope.html



Previous Post Next Post