[TERKINI] Surat Siaran_KPM Bil 1 Tahun 2023 - Garis Panduan Penutupan Institusi Pendidikan Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia Semasa Cuaca Panas 9 April 2023

Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan satu surat siaran Garis Panduan Penutupan Institusi Pendidikan bawah KPM.

Saya ringkaskan ya bagi senang faham :

1. Kerajaan gariskan 3 tahap amaran cuaca panas.

1.1) Amaran pertama : suhu 35° - 37° melebihi 3 hari berturut-turut.

Tindakan sekolah = Pentadbir hendaklah menghentikan semua aktiviti luar seperti merentas desa, kawad, sukan dan seumpamanya.

1.2) Amaran kedua : suhu 37° - 39° melebihi 3 hari berturut-turut.

Tindakan sekolah = Pentadbir dibenarkan menutup sekolah/instusi pendidikan

1.3) Amaran ketiga : suhu melebihi 40° melebihi 3 hari berturut-turut.

Tindakan sekolah = Pemakluman kepada NADMA untuk pengistiharan kecemasan

2. Sekolah yang ditutup perlu diganti. Melainkan cuti yang KPM luluskan tak perlu diganti. Namun secara asasnya, semua cuti yang sekolah putuskan perlu diganti.

3. Murid di sekolah berasrama tetap berada di asrama melainkan yang tidak sihat. Ibubapa boleh bawa pulang anak yang tak sihat.

Secara ringkasnya, inilah rumusan dari surat siaran KPM ini. Diharap membantu kalian untuk faham.

Tindakan pantas KPM keluarkan surat siaran ini wajar dipuji. Persediaan awal sebagai rujukan pihak sekolah, PPD dan JPN jika bencana berlaku.

Tak la mereka terkapai-kapai menanti pengumuman dari KPM samada perlu tutup atau tidak.

KPM mula memberi kuasa autonomi kepada pentadbir dan pihak sekolah untuk putuskan penutupan sekolah. Satu perubahan baharu yang baik ditunjukkan KPM.

Tahniah KPM. Saya suka sangat dengan banyak perubahan positif KPM kebelakangan ini.


Previous Post Next Post